Powered By Blogger

Tuesday 1 November 2011

Isu Pengambilan Tanah Di SJKC Selesai.


 Masalah yang membelenggu Sekolah Jenis Kebangsaan (SJKC) Chung Hua di Jalan Tuanku Munawir dekat sini ekoran isu pengambilan tanah seluas kurang sehektar mencapai jalan penyelesaian selepas kerajaan negeri campur tangan dalam isu berkenaan.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan yang mengumumkan perkara itu menjelaskan kerajaan negeri meluluskan permohonan pengambilan tanah kepada lembaga pengelola SJKC Chung Hua selepas mengambil kira kepentingan pelajar.
Jelas beliau, perkara itu diputuskan selepas melihat kepada kewajaran pihak pengelola sekolah melalui permohonannya untuk mendirikan bangunan tambahan di tanah berkenaan bagi menampung bilangan pelajar yang ramai.
''Sebelum ini pihak sekolah berhadapan dengan kesukaran apabila pihak pemaju swasta dikatakan mahu memajukan tanah berkenaan.
''Atas sebab-sebab bakal mengundang ancaman keselamatan pelajar, pihak pengelola sekolah terpaksa meminta bantuan kerajaan negeri untuk campur tangan bagi membantu dalam proses pengambilan tanah tersebut," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Surat Perjanjian kepada sekolah berkenaan di sini, hari ini.
Mohamad berkata, kerajaan negeri bersetuju setelah pertimbangan dibuat dengan melihat dalam segala sudut.
''Pada hari ini saya akan menyerahkan borang kelulusan permohonan yang telah pun diluluskan oleh barisan exco dan jabatan-jabatan berkaitan untuk pihak sekolah bagi membolehkan bangunan tambahan dibina ditapak berkenaan," katanya.
Pada majlis itu, Mohamad menyumbangkan RM100,000 melalui dana Menteri Besar Incorporated (MBI)kepada Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hua, selain RM1 juta disumbangkan daripada sebuah syarikat swasta.

No comments:

Post a Comment