Kemelut pengangkutan bas awam yang dihadapi oleh orang ramai di negeri ini sejak beberapa hari lalu selesai apabila kerajaan negeri dan Konsortium Transnasional Bhd (KTB) melalui Cityliner akan memulakan operasinya mulai esok. Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, satu perbincangan telah dilakukan oleh pihak kerajaan negeri bersama syarikat berkenaan dalam menyelesaikan masalah itu ekoran tindakan Cityliner menamatkan semua operasinya secara serta-merta sejak Rabu lalu.
Katanya, jelasnya kerajaan negeri memandang serius isu berkenaan kerana ia melibatkan masalah rakyat kerana perhidmatan bas awam ini menjadi pilihan kepada orang ramai termasuklah para pelajar untuk datang ke sekolah. ``Oleh kerana itu kerajaan negeri perlu mengambil langkah proaktif untuk memulihkan semula keadaan dan hari ini satu persefahaman telah dibuat yang mana kita telah memberikan satu bentuk pertolongan untuk menyelesaikannya. ``Untuk itu kita kerajaan negeri memperuntukkan model bantuan RM580,000 sebulan sehingga 31 Januari tahun depan dalam usaha mengurangkan bebas kos operasi pihak syraikat berkenaan,'' katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Memorandum Persefahaman (MOU) dengan Cityliner di Klana Resort dekat sini petang tadi.
Hadir sama Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Razak Mansor; Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar; Pengarah Urusan Konsortium Transnasional Berhad (KTB), Datuk Mohd. Nadzmi Mohd. Salleh; Ketua Pegawai Operasi KTB, Tengku Hasmadi Tengku Hashim serta Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mat Ali Hassan. Mohamad juga menjelaskan, bantuan berkenaan akan diteruskan sehingga SPAD mendapat satu dasar pengangkutan baru diperkenalkan kepada kerajaan kelak.
Sementara itu, Syed Hamid berkata keputusan yang dirintis oleh kerajaan negeri itu bersesuaian dengan mendahlukan rakyat memandangkan kemudahan pengangkutan bas awam masih ditagih oleh masyarakat sama ada dibandar mahupun luar bandar. ``Kita berharap supaya model yang digunapakai ini dapat dicontohi negeri-negeri kerana kita mahu akhirnya nanti kemudahan pengangkutan awam ini dapat dinikmati oleh orang ramai.
No comments:
Post a Comment