MASALAH
AIR DI DAERAH JEMPOL DI ATASI
Majlis
Pelaksanaan Kerja-Kerja Naik Taraf Loji Rawatan Air Jempol berlangsung di
Perkarangan Loji Rawatan Air Jempol, (LRA Jempol) pada 6 Desimber dan
dirasmikan oleh Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan, menteri besar Negeri
Sembilan.
Operasi
Loji Rawatan Air Jempol yang bermula pada tahun 1978 di naik taraf pembekalannya, setelah Syarikat
Air Negeri Sembilan Sdn. Bhd. (SAINS) dan Pengurusan Aset Air Berhad
(PAAB) bekerjasama di dalam usaha ini bagi mempertingkatkan bekalan air terawat
dari 8 juta galen sehari kepada keupayaan 12 juta galen sehari
MASALAH TEKANAN AIR RENDAH TAMAN MEGAH, JEMPOL SELESAI
Setelah dibelengu masalah air kerap tidak samapai
kekediaman, penduduk yang tinggal di kawasan tinggi Taman Megah, Jempol kini
lega dengan pembinaan ‘Rumah Pam dan Sedutan Air’ dikawasan penempatan mereka.
Dalam siri ‘Lawatan Kerja’ ke Daerah Jempol pada 6 Disember
lepas, Menteri Besar, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan berkesempatan
untuk melihat dan mendengar taklimat mengenai fungsi sistem operasi ‘injap
penggalak tekanan’ yang terdapat di rumah pam
dan sedutan air disamping bertemu dan beramah mesra dengan penduduk yang
hadir.
LAWATAN KE RUMAH PAM DAN SEDUTAN AIR DI PALONG 7
Siri ‘Lawatan Kerja’ Menteri Besar Dato’ Seri Utama Haji
Mohamad Haji Hasan ke Daerah Jempol juga singggah ke lokasi pembinaan Rumah Pam
dan Sedutan Air Felda Palong 7.
Menteri Besar melihat sendiri keberkesanan operasi injap kawalan tekanan yang terdapat dirumah pam ini berjaya membekalkan air kepenempatan tinggi dikawasan felda tersebut.
Menteri Besar sempat beramah mesra dgn penduduk sekitar Palong 7
MAJLIS
PENYERAHAN HAKMILIK (GERAN TANAH) FELDA PALONG 8
Lawatan
Kerja Menteri Besar ke Daerah Jempol pada 6 Desimber lalu diakhiri dengan ‘
Majlis Penyerahan Hakmilik ( Geran Tanah) kepada peneroka Felda Palong 8.
Majlis telah di adakan di Dewan Serbaguna Felda Palong 8.
Seramai
660 orang peneroka ceria apabila Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan
sendiri menyerahkan sijil hakmilik tanah mereka di majlis berlangsung di Dewan
Felda Palong 8 yang dipenuhi oleh warga felda hingga melimpahi kekawasan khemah
disebelah luar.
Peneroka
Felda Palong 8 terdiri dari 610 orang peneroka Melayu, 47 orang India dan 3
peneroka Cina menjadikan felda ini
begitu harmoni dengan kelompok masyarakat pelbagai bangsa bersama-sama
mengusahakan ladang getah.
Dalam
ucapannya, Menteri Besar mengucapkan tahniah diatas kejayaan semua peneroka
yang berusaha gigih sehingga hari ini, juga betapa pentingnya untuk bersyukur
dalam menikmati kesenangan serta kemajuan yang dicapai.
BERAMAH MESRA DENGAN WARGA PENEROKA
Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Mohamad Haji Hasan
berkesempatan bertemu dan beramah mesra bersama warga Felda Palong 8 dan
sekitarnya selepas berakhir majlis
penyerahan hak milik geran tanah di Dewan Felda Palong 8 pada 6 Disember lepas.
Menteri Besar begitu santai berbual mesra bertanya khabar
para penduduk dan peniaga berhampiran sambil mendengar permasalahan yang
dihadapi.
Warga Felda juga mengambil peluang bersalaman dan
mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar serta merakamkan gambar
kenang-kenangan.
Jelas terlihat hubungan silaturahim yang terjalin antara pemimpin dan masyarakat sentiasa menjadi amalan kepada kepemimpinan kerajaan negeri ini menjadi formula berkesan memenanagi hati rakyat.
No comments:
Post a Comment