Wednesday, 12 February 2014

Langkah Proaktif Kerajaan Negeri Sembilan Atasi Kekeringan Di Negeri Sembilan


KUALA PILAH, 11 Feb – Kerajaan Negeri Sembilan akan mengambil langkah proaktif dalam mengatasi masalah kapasiti takungan air dibeberapa buah empangan di negeri ini yang dilihat semakin surut akibat keadaan cuaca yang kurang mengalami hujan.
Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB. Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan menjelaskan perkara tersebut ketika membuat lawatan dan tinjauan ke Empangan Kelinchi, di Kuala Pilah.
“Paras air di Empangan Kelinchi kini mengalami penurunan 16 meter  merupakan penurunan paras air yang banyak dimana paras penuh empangan ini adalah 215 meter telahpun menjadi kepada 199 meter menghampiri kepada tahap kritikal dibawah paras 198 meter,” jelas beliau.
“Justeru, kita akan berbincang dengan pihak Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) bagi mengatasi masalah ini,” tambahnya.
Empangan Kelinchi merupakan sebuah empangan yang menyalurkan bekalan air di loji pembersihan Sg. Terip, Seremban.
YAB. Menteri Besar juga turut menyeru kepada semua rakyat di Negeri Sembilan ini agar dapat memulakan penggunaan air dengan berhemah bagi mengelakkan pembaziran dimusim kemarau seperti yang berlaku hari ini.
Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, YB. Dato’ Mat Ali Hasan dan ADUN Seri Menanti, YB. Dato’ Abd. Samad Ibrahim.

No comments:

Post a Comment