Powered By Blogger

Monday 3 February 2014

Kompleks Kehakiman Syariah Negeri Sembilan di Sri Sendayan


SENDAYAN, 30 Jan – DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, perkenan mencemar duli menyempurnakan Kompleks Kehakiman Syariah Negeri Sembilan di Sri Sendayan.
DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani binti Tengku Besar Mahmud dan YAM Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhaudin ibni Tuanku Muhriz turut mencemar duli hadir ke majlis ini.
Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB. Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan di dalam ucapan, Kerajaan Negeri akan sentiasa membantu dan memberikan sokongan penuh kepada pengukuhan institusi pentadbiran masyarakat Islam.
Menurut beliau, “mutu perkhidmatan dan keadilan yang unggul perlu diberikan kepada pelanggan sementara sikap serta minda kelas pertama harus diterapkan oleh setiap kakitangan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan.
Perundangan Islam kini mempunyai banyak pembaharuan serta berupaya merubah imej sebagai mercu tanda yang mampu berdiri sama tinggi dengan institusi yang lain.
Terdahulu, Ketua Hakim Syarie, YAA. Dato’ Haji Mohd Shukor Bin Sabudin menzahirkan rasa syukur diatas pencapaian serta usaha gigih Kerajaan Negeri bagi membantu masyarakat Islam.
Hadir sama, YTM. Tunku Besar Tampin,  Tunku Syed Razman Syed Idrus al-Qadri.
Turut hadir,  isteri Menteri Besar Negeri Sembilan, YM Raja Datin Seri Hajah Salbiah Tengku Nujumuddin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Hj Khir Baharom, Speaker Dewan Undangan Negeri, Dato’ Dr. Awaluddin Hj Said dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, YB. Dato’ Haji Mat Ali Bin Hassan.

No comments:

Post a Comment