Powered By Blogger

Monday 24 February 2014

Usahawan Perlu Bijak Atur Strategi


SEREMBAN, 17 Feb – Usahawan bumiputera digesa beransur-ansur bagi mengembangkan perniagaan khususnya dalam bidang yang diceburi agar tidak menghadapi kegagalan.
Setiap usaha bagi memajukan perniagaan perlu diberikan tumpuan dan ketekunan disamping disiplin diri yang tinggi. Usaha itu, mampu merealisasikan hasrat kerajaan meningkatkan pemilikan ekuiti ekonomi dalam kalangan orang Melayu serta bumiputera.
Selain dari itu, setiap usahawan bumiputera disarankan agar tidak terlalu mengharapkan modal melalui pinjaman, sebaliknya membuat persediaan modal mengikut jenis perniagaan yang ingin dijalankan.
Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB. Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapan dalam Majlis Perjumpaan Pengerusi PUNB Bersama Usahawan PUNB Negeri Sembilan di Klana Resort.
Sementara itu, Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), Senator Datuk Seri Haji Mohd Ali Mohd Rustam berkata, pembentukan rangkaian amat diperlukan bagi meningkatkan lagi para usahawan melalui skim pinjaman yang ditawarkan PUNB.
Menurut beliau, dengan cara ini, kita bukan sahaja mampu membantu orang Melayu mengembangkan perniagaan malah dapat meningkatkan keuntungan setiap usahawan bumiputera itu.
Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Usahawan Nasional Berhad, Encik Dzulkifli Fadzilah.

No comments:

Post a Comment