Powered By Blogger

Friday 21 February 2014

Gunakan Kemudahan Awam Secara Bersama


Seremban, 15  Feb.  –  Pusat  Komuniti  KRT  Taman  Tuanku  Jaafar  Fasa  3  (Zon  A) telah dirasmikan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB. Dato’ Seri Utama Haji Mohamad B. Haji Hassan.
Pusat Komuniti yang dibina awal tahun 2013 dikawasan tanah lapang itu siap sepenuhnya pada Julai 2013 di mana tujuan utama bagi membolehkan orang awam menubuhkan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dalam masa sama bertindak mengawal kawasan mereka dari gejala kes pecah rumah ataupun kecurian  yang boleh dielakkan.
Hakikatnya, peranan KRT juga menyenangkan orang awam  tanpa mengharapkan bantuan polis semata-mata.
Selain itu, pusat komuniti ini juga digunakan untuk aktiviti kemasyarakatan yang lain umpamanya Persatuan COMBI yang menjurus kepada kebersihan dan kesihatan bagi mengawal wabak denggi yang sering berlaku di kawasan taman.
Selain sebagai pusat operasi dan pentadbiran, Pusat  Komuniti  KRT ini  juga  digunakan seminggu  sekali  oleh Amanah Ikhtiar  Malaysia  (AIM), institusi pinjaman perniagaan golongan wanita bagi membantu golongan tersebut mendapatkan modal untuk berniaga secara kecil-kecilan.
Dalam ucapan Menteri Besar, beliau sangat berpuas hati serta beliau juga berharap supaya Pusat Komuniti  KRT  ini  digunakan selalu  oleh  orang awam tidak  kira  bangsa atau agama untuk dijadikan salah satu tempat dimana anak-anak muda berkumpul menjalankan aktiviti riadah.
Dalam perkembangan lain, Menteri Besar di dalam ucapan turut mengingatkan golongan wanita agar menjadi ahli  dalam Persatuan Pengguna Islam Negeri  Sembilan yang ditubuhkannya dan memainkan peranan  memantau harga barangan yang tidak menentu di pasaran.
Turut  hadir,  Ahli  Dewan  Undangan  Negeri  Kawasan Paroi,  Tuan Mohd  Ghazali  B.  Abd  Wahid, Setiausaha Umno Bahagian Rembau, Dato’ Haji Azman B. Haji Hassan dan Pengerusi KRT Taman Tuanku Jaafar 3 Zon A, Encik Nor Adzman B. Haji Alias.

No comments:

Post a Comment