Powered By Blogger

Thursday, 16 October 2014

Majlis Pelancaran Kursi Kepimpinan Islam Tuan Guru Hj Mohd Yassin bin Muhamad


Kursi Kepimpinan Islam Tuan Guru Hj Mohd Yassin dilancarkan anakanda, Tan Sri Dato’ Hj Muhyiddin

Nilai, 15 Okt. – Menteri Besar Negeri Sembilan merangkap Menteri Mentor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai menyambut dan mengiringiTimbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pelajaran Malaysia di Majlis Pelancaran Kursi Kepimpinan Islam Tuan Guru Hj Mohd Yassin bin Muhamad di Dewan Besar USIM hari ini.


Timbalan Perdana Menteri juga anakanda kepada Tuan Guru Hj Mohd Yassin turut menyempurna dan melancarkan Kursi Kepimpinan Islam Tuan Guru Hj Mohd Yassin bin Muhamad di Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP), di sini.

Beliau di dalam ucapan menghargai usaha yang di bawa oleh Yayasan Nurul Yaqeen (YNY) yang berkerjasama dengan USIM di dalam melestarikan kewujudan Kursi Kepimpinan ayahandanya di dalam bidang ilmu agama di samping diingati sebagai tokoh yang progresif, proaktif dan jati diri tinggi yang mahu melihat perkembangan Islam di negara ini terus mekar.

Di majlis sama, turut diumumkan penyandang Kursi Kepimpinan Islam Tuan Guru Hj Mohd Yassin bin Hj Muhamad yang telah dilantik mulai 04 Ogos 2014 iaitu Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak.

Menurut biografi yang dipaparkan, Allahyarham Tuan Guru Hj Mohd Yassin bin Hj Muhamad merupakan seorang yang alim dan warak, memiliki sifat ikhlas dan tawaduk.

Menteri Besar turut mengiringi Timbalan Perdana Menteri melawat tapak pameran dalam masa yang sama melancarkan Buku YBhg. Profesor Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak .

Hadir sama Yang Di-Pertua Dewan Negara, YB. Senator Tan Sri Dato’ Hj Abu Zahar bin Dato’ Nika Ujang, Naib Canselor USIM, YBhg. Profesor Dato’ Dr. Musa Ahmad, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Nurul Yaqeen, YBhg. Dato’ Wira Dr. Ismail Hj Ibrahim.

Friday, 10 October 2014

Belanjawan 2015



Tahun ini, KDNK dijangka kukuh pada kadar 5.5 - 6%. Kadar defisit fiskal negara pula dijangka terus menurun kepada 3.5% #Bajet2015
Antara pencapaian tahun ini ialah: 

1) Indeks Bursa M'sia mencatat paras tertinggi dlm sejarah negara iaitu1,892.65 mata pada Julai;

2) "Actual realised investment" dari FDI adalah tertinggi dalam sejarah negara iaitu sebanyak RM38.7bln pada 2013 #Bajet2015
Peruntukan #Bajet2015 sejumlah RM273.9bln iaitu RM223.4bln untuk perbelanjaan mengurus & RM50.5bln untuk pembangunan.
Kutipan hasil negara untuk 2015 diunjurkan sebanyak RM235.2bln, iaitu peningkatan sebanyak RM10.2bln berbanding 2014 #Bajet2015
#Bajet2015

Sektor perkhidmatan disasar sumbang 60% kpd KDNK pada 2020 melalui

1) pelaksanaan Blueprint Sektor Perkhidmatan

2) Mewujudkan Skim Jaminan Sektor Perkhidmatan dengan dana RM5bln memanfaatkan 4000 syarikat PKS

3) mewujudkan “Research Incentive Scheme for Enterprise” (RISE) dgn dana RM10j

4) Memperkenal semula Dana Perkhidmatan Eksport dgn dana RM300j utk menggalak PKS laksana kajian kemungkinan pasaran
#Bajet2015

Mengukuhkan Pasaran Kewangan Islam dgn

1) Platform Akaun Pelaburan (IAP) dgn dana RM150j

2) Mencadangkan Sekuriti K'jaan M'sia & Terbitan Pelaburan K'jaan disenarai & diurus dlm ETBS

3) Potongan cukai bg penerbitan sukuk Ijarah & Wakalah dilanjutkan ke tahun taksiran 2018
#Bajet2015

Bagi 2015, beberapa projek #infrastruktur akan dilaksanakan iaitu:

1) Lebuh Raya Sg Besi - Ulu Klang
2) Lebuh Raya Pantai Barat dari Taiping ke Banting;
3) Lebuh Raya Damansara - Shah Alam
4) Lebuh Raya Lingkaran Luar KL - Hubungan Timur
5) Naik taraf landasan keretapi Pantai-Timur iaitu jajaran Gemas-Mentakab, Jerantut-Sg Yu & Gua Musang-Tumpat
6) MRT Jajaran Kedua dari Selayang ke Putrajaya; dan
7) Projek LRT3 menghubungkan Bandar Utama ke Shah Alam dan Klang.

RM100 juta Dana Industri Kandungan Digital di bawah SKMM #Bajet2015#Kreatif #Belia

High Speed Broad Band di kwsn ekonomi berimpak tinggi akan diteruskan meliputi ibu negeri & bandar-bandar terpilih #infrastruktur
#Bajet2015

RM316 juta diperuntukkan utk pelbagai program di bawah @mymotac#Bajet2015 #Pelancongan

Tambahan dana RM500j utk pembiayaan perniagaan oleh TEKUN#Usahawan #Bajet2015

Pinjaman mudah kpd #Usahawan PKS kpd kaum Cina sbyk RM50j & RM30j utk penjaja & peniaga kecil #Bajet2015


#Bajet2015
Skop barang yang tidak dikenakan #GST diperluaskan termasuk 
buah-buahan, roti putih dan Ubat-ubatan Penting Nasional 

#Bajet2015
Tiada GST dikenakan kepada minyak Ron95, Diesel, dan LPG
Kadar penggunaan elektrik tidak dikenakan #GST dinaikkan kepada 300 unit pertama, memanfaatkan 70% isi rumah #Bajet2015
Pengurangan beban #Cukai dgn
1) penurunan cukai pendapatan individu dgn kadar 1 hingga 3%;#Ekonomi#Bajet2015
2) Pengecualian #Cukai pendapatan kepada golongan berkeluarga berpendapatan RM4k sebulan ke bawah; dan #Ekonomi #Bajet2015
3) Kadar maksimum #Cukai pendapatan individu dinaikkan kpd RM400k; kadar maksimum dikurangkan kpd 24 - 25% #Bajet2015

Pengurangan #Cukai pendapatan 1 - 2% utk koperasi, syarikat daripada 25% kepada 24%, dan PKS sebanyak 1% #Bisnes #Bajet2015

RM250 juta disediakan untuk program Pembimbing Pakar Peningkatan Sekolah dan program Rakan Peningkatan Sekolah #pendidikan #Bajet2015

RM1.2bln untuk meningkatkan pengambilan pelajar di kolej vokasional dan kolej komuniti serta menaik taraf kolej #pendidikan #Bajet2015

RM800 juta untuk membangun dan menyelenggara fasiliti #pendidikan #Bajet2015

#Bajet2015
RM3bln disediakan untuk menaja pelajaran melalui @jpagov, @KemPendidikan, dan @KKMPutrajaya #pendidikan #Bajet2015
Program MyBrain15 untuk hasilkan pemegang PhD dicadang diperluaskan kepada penjawat awam & kakitangan badan berkanun

#pendidikan#Bajet2015
Rebat 10% dicadangkan untuk peminjam PTPTN yg bayar balik selama 12 bulan berturut-turut hingga akhir 2015 @twitptptn 

#pendidikan #Bajet2015#PTPTN
Tawaran diskaun 20% bagi melangsaikan pinjaman PTPTN secara sekaligus, berakhir 31 Mac 2015 @twitptptn #pendidikan #Bajet2015
TalentCorp menyediakan RM30j utk Industry Academia Collaboration#Bajet2015 #Pekerjaan
Pengkajian semula Akta Kerja 1955, penambahbaikan Portal JobsMalaysia, dan pengenalan Sistem Insurans Pekerjaan

#Bajet2015 #Pekerjaan
Dana RM30j untuk latihan & bantuan teknikal kpd belia India dr keluarga kurang kemampuan #Bajet2015 #Pekerjaan #Belia
Bagi menjadikan M'sia sebagai lokasi tumpuan syarikat start up, kriteria khas modal berbayar ditetapkan pada RM75k #Bajet2015 #Inovasi

Memperkasa agenda Bumiputera dengan
1) meningkatkan ekuiti Bumiputera dlm GLC melalui Ekuinas sebanyak RM600j; #Ekonomi #Bajet2015
2) Memperkukuh peranan INSKEN sebagai pusat kecemerlangan #UsahawanBumiputera; #Ekonomi #Bajet2015
3) Memperluas SUPERB ke Sabah & Sarawak sbyk RM30j; #Ekonomi #Bajet2015
4) Program pre-eksport untuk TERAS bagi meningkatkan penjenamaan, pensijilan antarabangsa & market survey Bumiputera #Ekonomi #Bajet2015
5) Memperluaskan program "carve-out and compete" secara meritokrasi meliputi projek kerajaan dan penswastaan #Ekonomi #Bajet2015

Sumber:Mykmu.net

Monday, 22 September 2014

F3000 Powerboat 2014 Port Dickson



Port Dickson, 21 Sept. - Sebanyak 17 pelumba dari Malaysia, Brunei, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Papua New Guinea, Singapura, Thailand dan United Kingdom menyertai NS International F3000 Powerboat 2014 yang berlangsung di PD Waterfront, Port Dickson.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB. Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan hadir bagi memulakan perlumbaan peringkat akhir ‘Feature Race’ NS International F3000 Powerboat 2014.

Beliau turut menyampaikan hadiah kepada pemenang bagi kategori ‘Drag Race’ yang berlangsung semalam (Sabtu) di mana tempat ketiga dimenangi oleh Tan Chew Tze Siang dari Team Atlantic, Johor, naib johan dimenangi oleh Wareen Fernandez dari Team Fernandez Racing, Selangor dan johan dimenangi oleh Zulfaqa Rameli dari ZRC@ Racing Team, Johor.

Bagi kategori ‘Feature Race’ pula, tempat ketiga dimenangi oleh Warren Fernandez dari Team Fernandez Racing, Selangor, naib johan dimenangi oleh Ng Kok Siong dari Team Atlantic, Johor dan johan diungguli oleh Fairuz Fauzy dari Mofaz Razing Team, Kuala Lumpur.

Di majlis sama beliau turut meluangkan masa menyaksikan persembahan ‘flying boarding’ selain mendengar ‘buskin’ music’ di tapak penganjuran di sini.

Perlumbaan antarabangsa yang berlangsung tiga hari ini dianjurkan bersama Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan, Kelab Powerboat F3000 dan PD Waterfront.

Majlis itu turut dihadiri Speaker Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan, Dato’ Dr. Awaluddin Hj Said, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Tuan Tun Hairudin Abu Bakar, Pengurus Besar Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan, Baharuddin Jali, Pengerusi Kelab F3000, Robert Fernandez.

Wednesday, 17 September 2014

Bunohan




PENGKALAN KUBOR, 16 Sept. : Kunjungan Dato Seri Utama Hj. Mohamad Bin Hasan ke DUN Pengkalan Kubor disambut baik warga tempatan semalam. Selaku Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Sembilan beliau turut mengikuti beberapa kempen calon BN sekitar Pengkalan Kubor.

Selain mendekati penduduk sekitar PDM Bunohan, beliau turut meminta agar penduduk memberikan peluang kepada calon BN, Haji Mat Razi bagi memastikan projek yang belum disempurnakan oleh Allahyarham Dato’ Nor Zahidi dapat dilaksanakan sekaligus meneruskan legasi Dato Di untuk penduduk DUN Pengkalan Kubor.

Menurut Hj Mohamad Hasan, pemilihan Haji Mat Razi menggantikan Allahyarham Dato Nor Zahidi adalah satu pilihan yang tepat dibuat pucuk pimpinan BN berdasarkan pengalaman 23 tahun Haji Mat Razi mengikuti arwah memberikan khidmat kepada warga Pengkalan Kubor.

Selain anak tempatan, Haji Mat Razi turut mempunyai latar belakang pendidikan agama yang baik dan ini membolehkan beliau memahami kehendak penduduk Pengkalan Kubor sebagaimana Allahyarham Dato Nor Zahidi.

Sambutan Hari Malaysia ke-51 Peringkat Negeri Sembilan 2014



Seremban, 16 Sept. – Menggunakan tema sama dengan Sambutan Hari Kemerdekaan ke-57, “Di sini Lahirnya Sebuah Cinta”, Sambutan Hari Malaysia ke-51 Peringkat Negeri Sembilan 2014 berjaya menterjemahkan kasih sayang warganegara pelbagai bangsa di negeri ini.

Bertepatan dengan kelainan konsep yang pertama kali di perkenalkan, Kerajaan Negeri menghargai usaha agensi penganjuran bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang bercirikan teknologi tinggi serta menerap nilai patriotik dan sayangkan negara.

Idea memasukkan elemen sejarah negara mencapai kemerdekaan dan percantuman Sabah dan Sarawak di dalam Gagasan Malaysia pada 16 September 1963 dalam persembahan 3D memberi kelainan dan keterujaan pengunjung yang tidak melepaskan peluang meraikannya di Padang Majlis Perbandaran Seremban (MPS), hari ini.

Menyempurnakan Sambutan Hari Malaysia Peringkat Negeri Sembilan, Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB. Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan. Mengiringi beliau, isteri, YM Raja Datin Seri Hajah Salbiah Tengku Nujumudin.

Turut hadir, Yang Di-Pertua Speaker Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan, Dato’ Dr. Hj Awaluddin Hj Said dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan, Dato’ Hj Mat Ali Hj Hasan.

Menteri Besar di dalam ucapan menyatakan, bahawa Kerajaan Negeri akan memberi peluang secara bergilir kepada jabatan dan agensi kerajaan di dalam penganjuran seumpamanya mulai tahun ini.

Katanya lagi, “kehadiran yang ramai di padang ini lahir dari keluhuran kasih sayang kepada negara dalam masa yang sama mengiktiraf dan mengangkat takwim penting dalam pembentukan sebuah negara bangsa bernama Malaysia.”

“Tanggal ini merupakan tarikh penting dalam kronologi journal penubuhan negara berwibawa, negara maju di bawah kepimpinan progresif dalam menentukan halatuju negara.” ujar beliau lagi.

Namun begitu, nikmat kesyukuran beroleh kemerdekaan juga perlu diterap di dalam diri di samping berusaha untuk sama-sama meraih kecemerlangan selari dengan pengalaman dan keupayaan yang dimiliki sejak lima dekad yang lalu.

Monday, 15 September 2014

Majlis Perkahwinan Puteri Ketiga Menteri Besar Negeri Sembilan







Rantau, 14 Sept. – Majlis Perkahwinan Puteri Ketiga Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB. Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan dan isteri, YM Raja Datin Seri Hajah Salbiah Tengku Nujumudin berlangsung meriah di kampung halaman, Kampung Tanjung, Rantau, hari ini.

Majlis perkahwinan Azrin binti Mohamad dan pasangan Muhamad Azri bin Kasim turut menerima kunjungan tetamu kehormat Perdana Menteri, Dato’ Seri Utama Mohd Najib Tun Abdul Razak dan isteri, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor sekitar jam 1.00 tengahari.

Majlis perkahwinan Azrin binti Mohamad dan pasangan Muhamad Azri bin Kasim turut menerima kunjungan tetamu kehormat Perdana Menteri, Dato’ Seri Utama Mohd Najib Tun Abdul Razak dan isteri, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor sekitar jam 1.00 tengahari.

Majlis berlangsung jam 10:00 pagi dan berakhir 4:00 petang menerima kunjungan ramai tetamu sekitar negeri ini yang tidak melepaskan peluang menyaksikan perkahwinan secara tradisional di samping semangat gotong royong diterapkan oleh ‘orang pangkal’ yang menyiapkan ‘lauk pauk’ untuk di hidangkan kepada para tetamu yang hadir.

Sehingga jam 4:00 petang, di jangka hampir 15,000 orang para tetamu yang hadir.

Antara tetamu yang hadir, Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Ir. Hj. Idris bin Hj. Haron, Menteri Belia Dan Sukan merangkap Ahli Parlimen Rembau, Tn Hj Khairy Jamaludin Abu Bakar dan Yang Dipertua Speaker Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan, Dato’ Dr. Awaluddin Hj Said dan isteri, Setiausaha Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan, Dato’ Hj Mat Ali Hj Hasan dan isteri.

Thursday, 11 September 2014

Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA)


SEREMBAN, 9 Sept – Sebanyak 3 ribu unit rumah dibawah projek Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) akan dibina di tengah-tengah bandar Seremban. Ini secara tidak langsung akan merubah bentuk fizikal Bandar Seremban melalui satu projek mensejahterakan rakyat dari kerajaan Barisan Nasional.
Projek perumahan yang dibangunkan melalui 3 fasa secara berperingkat itu bakal diduduki pada 30 bulan akan datang dimana Majlis Pecah Tanah Projek PR1MA @ Seremban Sentral telah disempurnakan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Utama Mohd Najib Tun Abdul Razak, di Seremban Sentral, hari ini.
Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan, menjelaskan bahawa projek perumahan PR1MA @ Seremban Sentral merupakan satu projek komprehensif dengan kerjasama Perbadanan PR1MA Malaysia dan KTM Berhad bagi pembangunan Stesen Seremban Sentral yang bakal menjanjikan kediaman unik dengan pelbagai fasiliti lengkap untuk kemudahan penghuni kelak.
“Disinilah lahirnya sebuah projek penambah-baikan bandar Seremban yang bakal merubah lanskap Seremban sebagai  hub bersepadu bagi aktiviti perniagaan, komersil dan kediaman dalam masa akan datang,” katanya.
Tambah beliau, Kerajaan Negeri juga akan mengusulkan satu pembangunan konprehensif dalam masa 10 tahun akan datang agar meletakkan Negeri Sembilan sebagai Lembah Klang berikutan kawasan Lembah Klang kini semakin padat dan tidak mampu menampung pembangunan yang kian pesat hasil usaha kerajaan Barisan Nasional.
Sementara itu, YAB Perdana Menteri turut menyatakan bahawa PR1MA merupakan keperluan utama bagi rakyat di negara ini yang memerlukan rumah sebagai harta dan tempat perlindungan.
Tambahnya, PR1MA juga merupakan salah satu agenda kerajaan dalam mensejahterakan rakyat dimana ianya membuka peluang kepada golongan sasar untuk memiliki sebuah rumah.
“Setiap unit rumah PR1MA diberi 20% lebih murah berbanding harga rumah semasa dimana ianya menggunakan sistem sewa-beli antara penyewa dan PR1MA sehinggalah akhirnya menjadi hak milik kekal seseorang itu,” jelasnya.
Turut hadir dalam majlis itu, Pengerusi Perbadanan PR1MA, YB Tan Sri Dr. Ir. Jamaludin Jarjis, Ketua Pegawai Eksekutif, Dato’ Abdul Mutalib Alias, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Dato’ Seri Shahidan Kassim, Menteri KPDNKK, YB Dato’ Seri Hassan Malik, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Sembilan, YB Dato’ Dr. Awaluddin Said serta Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, YB Dato’ Mat Ali Hassan.