Powered By Blogger

Tuesday, 3 September 2013

KRT tarik minat generasi muda


Paroi, 01 Sept –Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan menyempurnakan bangunan baharu Kawasan Rukun Tetangga Taman Paroi Jaya ‘A’ Seremban.

Di dalam ucapan, beliau menyatakan bahawa komposisi kependudukan Melayu di bandar telah menyaksikan beberapa perubahan dan jurang kehidupan antara bandar dan luar bandar. Tambah beliau ini kerana kerajaan negeri prihatin serta mengambil berat keselamatan dan kesejahteraan rakyat.

Pelbagai kemudahan dan insfrastruktur di bina menjadikan masyarakat bandar berkembang mengikut arus perdana dalam masa yang sama membawa perkembangan kepada kehidupan di luar bandar.

Begitu di kampung, keselamatan dan kesejahteraan dijaga oleh JKKK di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar begitu juga di bandar di mana KRT di bawah Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional,masing-masing memainkan peranan yang sama.

Sedang negara pesat membangun, faktor keselamatan dan kesihatan di ambil perhatian khusus agar rakyat berasa selesa dan sejahtera di kawasan kediaman mereka.

Skim Rondaan Sukarela (SRS) di bawah penyeliaan KRT berjaya memainkan peranan itu juga menjadikan kawasan di bawah skim tersebut berjaya mengurangkan kadar jenayah.

Namun begitu, Menteri Besar menasihatkan SRS di kawasan ini di buka kepada generasi muda dan lebih bertenaga bagi memantau kawasan dan persekitaran yang perlu diambil perhatian.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional, Negeri Sembilan, Pengerusi KRT Taman Patoi Jaya ‘A’,  Dato’ Hj Mohd Mokhtar Hj Mohd Yassin dan Pengasas KRT Taman Paroi Jaya, Dato’ Mohd Firdaus Harun.

Monday, 2 September 2013

Penyakit Kencing Tikus Masih Terkawal


Rasah, 29 Ogos – Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan berlangsung di perkarangan Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan.Majlis dikunjungi tetamu kehormat, Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan berserta isteri, Raja Datin Seri Hajah Salbiah Tengku Nujumuddin.

Di majlis sama, beliau turut menyampaikan jalur gemilang sempena hari kemerdekaan kepada hospital dan pejabat kesihatan daerah.

Malah beliau turut menghargai sumbangan kuih raya oleh PEKERTI yang diketuai oleh isteri Menteri Besar untuk diagihkan kepada anggota bertugas.

Dalam majlis tersebut Menteri Besar mengulas bahawa tahap penyakit kencing tikus di negeri ini masih terkawal dan tidak sampai tahap terpaksa mengadakan kempen memburu dan membunuh tikus.

Ujar beliau menjadi keutamaan semua orang menjaga dan mengutamakan kebersihan dan kesihatan kerana ianya akan mencegah segala penyakit.

Katanya lagi, sampel kebersihan sentiasa dikaji selidik oleh Jabatan Kesihatan setiap masa dan dimaklumkan kepada Jabatan Pelancongan dan di bawa ke pengetahuan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Kerajaan Negeri sentiasa memantau dan tidak mahu ianya menjadi satu masalah dan ancaman yang melanda negeri ini.

Kawasan eco-pelancongan seperti di Ulu Bendul dan Jeram Toi, walaupun kawasan yang terdedah dan mempunyai aliran sungai yang panjang, setakat ini masih selamat dan tidak terdedah dengan penyakit tersebut.

Menurut Menteri Besar lagi, pengagihan tanggungjawab yang dilakukan oleh Jabatan Kesihatan bersama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah diberi supaya masalah seumpama penyakit tikus tidak menular di negeri ini.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Dato’ Hj Mat Ali Hj Hasan dan isteri, Datin Hajah Paezah Hj Ismail dan Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan, Dato’ Hajah Norzailan Dato’ Adnan.

Thursday, 22 August 2013

Kerajaan Negeri Menyokong Keputusan Kerajaan Persekutuan



Port Dickson, 19 Ogos – Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan,ditemuramah wartawan mengenai keputusan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak membawa pulang pelajar Malaysia ke tanahair dalam masa terdekat ini,di majlis sambutan hari raya Aidlifitri Jabatan Perhutan Negeri Sembilan,Pantai Cahaya Negeri.

Beliau di sambut oleh Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan, Ahmad Fadzil bin Abd. Majid beserta kakitangan jabatan yang terlibat di dalam penganjuran majlis ini.

Dalam temuramah tersebut menyatakan, Kerajaan Negeri menyokong keputusan yang diambil Kerajaan Persekutuan dan mengambil pendekatan seiring dengannya kerana berpendapat ianya akan memudahkan semua pihak.

Bagi perkembangan pelajar Negeri Sembilan, hampir setiap petang Menteri Besar mendengar taklimat oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan pegawai bertugas di sana melalui talian telefon.

Mereka berada dalam pemantauan terbaik pegawai bertugas di sana. Ketika ini juga, hanya  seramai 50 orang pelajar bidang perubatan yang tinggal.

Dari keadaan yang berlaku di sana juga menyebabkan keadaan ekonomi tidak menentu dan harga barangan keperluan naik mendadak menyebabkan sara hidup pelajar juga meningkat.

Ibu bapa dinasihatkan tidak perlu panik dan risau kerana Rumah Pelajar Negeri Sembilan mememenuhi keperluan bekalan makanan selama tiga bulan lamanya.

Hadir sama, ADUN Kawasan Bagan Pinang merangkap Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Tuan Tun Hairudin Abu Bakar.

Tuesday, 20 August 2013

Negeri Sembilan Mempunyai Keunikan Sendiri !



Seremban, 14 Ogos – Tahun Melawat Malaysia 2014 (TMM2014)

Negeri Sembilan memberi tumpuan kepada industri perlancongan di negeri ini  sempena tahun melawat Malaysia tahun hadapan.Tourism Malaysia Negeri Sembilan telah merancang pelbagai program bagi memperkenalkan produk perlancongan kepada orang ramai.

Dengan kedudukan yang strategik dan mempunyai pelabagai produk perlancongan seperti homestay, pantai, hutan simpan dan tempat berkelah yang memenuhi citarasa masyarakat.

Kerajaan telah memberi keutamaan dan penekanan kepada usaha penjagaan dan penyelenggaraan bagi memastikan lokasi perlancongan  ini sentiasa dapat menarik minat pelancong untuk datang menikmati kemudahan dan keindahan lokasi perlancongan di sini.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan di Wisma Negeri ketika sidang media selepas Mesyuarat EXCO mingguan, menjelaskan beliau yang sentiasa melihat bahawa produk pelancongan mempunyai keunikkan tersendiri. Tambah beliau keselesaan dan kesejahteraan pelancongan perlu diberi keutamaan juga.

Beliau tidak menolak kemungkinan Tahun Melawat Malaysia 2014 akan melonjak ekonomi negeri ini melalui pelancongan di samping usaha memperkukuhkan imej dan perancangannya.

Pelbagai aktiviti lasak seperti PD Triathlon Challenge 2013 yang berlangsung pada Julai lalu secara tidak langsung menarik penglibatan pelancong dari luar negara.

Katanya lagi, kita juga boleh menganjurkan program seperti Seremban Half Marathon dan program sampingan lain seperti memperkenalkan kebudayaan negeri ini melalui tarian, masakan dan pakaian.

Malah, adat perpatih di negeri ini turut boleh diperkenalkan kepada mereka yang mahu memahaminya dengan lebih jelas lagi.

Beliau optimis bahawa produk pelancongan dan lokasi menarik di negeri ini mampu menarik minat orang ramai dan beliau juga telah memutuskan perancangan tersusun bagi memastikan negeri ini tidak terkecuali dari dilawati oleh pelancong luar dan dalam negara.

Monday, 19 August 2013

Janji Ditepati : Dewan Orang Ramai Taman Tasik Jaya 80% Siap !


Taman Tasik Jaya, 18 Ogos - Projek dewan orang ramai 80% siap akan dimanfaatkan oleh penghuni  kawasan tersebut. Apabila projek ini siap penduduk kawasan tersebut akan dapat menggunakan dewan ini sebagai tempat mereka menjalankan majlis-majlis penting mereka.

Friday, 2 August 2013

Negeri Sembilan dipilih Messier-Buggati-Dowty, Perancis


Sendayan, 29 Julai – Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan mengiringi Perdana Menteri Perancis, Jean-Marc-Ayrault melawat dan meninjau tapak kilang Messier-Buggati-Dowty’s (Safran) yang dalam proses pembinaan dan dijangka siap hujung tahun ini dan mula beroperasi pada tahun 2014.

Dalam lawatan hampir sejam itu, Perdana Menteri Perancis berpuas hati dengan perkembangan kilang tersebut dan berpendapat kerjasama baik antara kerajaan Malaysia dan Perancis sangat terancang dan tersusun dan menjangkakan operasinya dalam negara ini berjalan dengan lancar.

Menteri Besar  mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kerana hasil dari pemilihan pihak Messier-Buggati-Dowty’s (Safran) dalam negara Asian, akhirnya memilih Sendayan, Negeri Sembilan, Malaysia sebagai lokasi strategik  penghasilan pengubahsuaian karbon dan kemudahan pembuatan, untuk melengkapkan pusat karbon yang sedia ada di Perancis.

Tambah belaiu, mereka memilih Malaysia disebabkan oleh keamanan, politik dan ekonomi stabil, dinamik serta mempunyai potensi yang amat besar dan luas di dalam permintaan dalam negara-negara Asian.

Messier- Buggati-Dowty juga antara pelopor dan industri awal bakal beroperasi di Sendayan Techvalley selain kilang Coca-Cola, kilang air-bag dari Japan dan bakal beroperasi syarikat makanan dari Amerika Syarikat yang masih dalam proses mendapatkan kelulusan.

Antara produk yang dihasilkan oleh Messier-Buggati-Dowty’s (MBD) (Safran) ialah seperti berikut :

Aerospace

enjin jet untuk pesawat komersil, helikopter enjin turbin, gear pendaratan, roda dan brek karbon, sistem pesawat elektronik, pembekalan kuasa, kriogenik SND kuasa pepejal dan enjin pesawat tentera.

Pertahanan

Sistem pengawalan penerbangan helikopter, enjin FADEC mengawal unit

Keselamatan

Dokumen pengenalan biometrik, sistem automatik cap jari pengenalan (AFIS), pengesanan bahan letupan untuk bagasi, teknologi multibiometric dan kad pintar.

MBD Safran di Sendayan, Negeri Sembilan, Malaysia akan menghasilkan produk brek karbon bagi kapalterbang Boeing 737, Airbus A320 / A32neo program lorong tunggal.

Turut hadir, Tunku Zain al-Abidin ibni Tuanku Muhriz,Pengurus Besar Messier-Buggati-Dowty’s, Encik Vincent Mascre di Sendayan Techvalley, Bandar Sri Sendayan.

Thursday, 1 August 2013

Kg Sega Bakal Terima Masjid Baru Tahun Ini



Sega, 28 Julai –Menteri Besar Negeri Sembilan merangkap Pengerusi MAINS, Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan melakukan tinjauan di kariah Kg.Sega yang bakal manfaatkankan masjid baharu yang mengantikan masjid lama dalam masa terdekat ini. 

Ruang solat masjid ini setelah siap akan memuatkan seramai 500 ke 600 orang jemaah dalam satu-satu masa malah turut mampu menerima antara 200 ke 300 orang jemaah di ruang limpah yang disediakan.

Antara kemudahan insfrastruktur masjid ini ialah pejabat Eksekutif masjid, bilik mesyuarat, ruangan menagmbil wudu’ mencukupi, bilik mandi jenazah, bilik air lelaki, tempat letak kereta mencukupi dan perempuan, malah terdapat juga bilik air Khas OKU.

Menteri Besar antara lain turut menegur kontraktor terbabit untuk membetulkan struktur pembinaan yang tidak kena bersesuaian dengan keselesaan jemaah kelak.

Mengiringi lawatan beliau, isterinya, Raja Datin Seri Hajah Salbiah Tengku Nujumuddin, Setiausaha MAINS, Encik Kamal Amran Kamaruddin, Pengurus Besar PZNS, Ustaz Nor Azmi Hj Musa dan Penolong Ketua Pegawai Daerah, Puan Nor Azlin.