Powered By Blogger

Monday 12 March 2012

Penerima bantuan JKM Di N.Sembilan meningkat




SEREMBAN 11 Mac - Bilangan penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Negeri Sembilan terus meningkat dari 22,841 orang kepada 24,641 orang berdasarkan kepada statistik yang berakhir pada 31 Disember 2011.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ia menyaksikan pertambahan bantuan kewangan kepada golongan kurang berkemampuan, warga emas, pesakit terlantar dan Orang Kelainan Upaya (OKU) dari RM5.3 juta kepada RM6.1 juta setiap bulan.

''Ia adalah satu daripada usaha berterusan kerajaan dalam membantu golongan yang memerlukan pembelaan dan kurang bernasib baik dapat dibantu secara berterusan melalui JKM," katanya di sini, baru-baru ini.


1 comment:

  1. Betullah, tapi keluarga miskin dan dhaif yang sama terus diketepikan untuk mendapat bantuan. saya pun tak faham macam mana JKM melalui JKKK membuat penilaian. Ikut Kelayakan sudah nyata layak lagi melayakkan keluarga seperti yang disiarkan Sinar 21 Ogos 2012 ms 35. " Tujuh sekeluarga hidup serba kekurangan.Nampak sangat JKKK / Exco Labu tidur atau buat-buat buta tak nampak



































































    ReplyDelete