Tuesday, 30 April 2013
Monday, 22 April 2013
Al-Quran ilmu panduan hidup
Seremban,
20 Apr – Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Negeri Sembilan kali ke 56 di
sempurnakan oleh DYMM Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni
Almarhum Tuanku Munawir, di Dewan Besar Pusat Dakwah Islamiah Paroi.
Di dalam titah baginda, baginda menyeru umat Islam agar sentiasa
menjadikan al-Quran sebagai panduan hidup.
Titah baginda, mendekatkan diri dengan bacaan al-Quran itu
menjadikan umat Islam sentiasa berada dekat dengan Allah SWT, bagi menghadapi
dunia yang penuh mencabar dan masyarakat terdedah dengan globalisasi tanpa
sempadan.
Manakala,
Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, Pengerusi Majlis Agama Islam (MAINS) pula
merafak sembah di atas kesudian hadir DYMM Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan
di majlis seumpama ini.
Menurut beliau di dalam ucapan, majlis ilmu seumpama ini memberi
kesan dan manfaat yang baik kepada si pembaca.
Katanya, al-Quran bukan sekadar panduan di dalam pelbagai aspek,
malah al-Quran turut memberi kesedaran kepada keagungan syiar Islam.
Majlis yang dianjurkan setiap tahun ini turut melahirkan lebih
ramai generasi muda mencintai al-Quran.
Budaya sosial yang melanda generasi muda, di samping golongan
berusia menuding jari kepada generasi muda bukan satu keputusan yang tepat,
maka dengan pendekatan mendampingi al-Quran maka budaya salah menyalahi
tersebut terhindar dengan sendirinya.
Oleh yang demikian, panduan dan ilmu bagi umat Islam ialah
al-Quran.
Turut hadir, Tunku Besar Tampin, Undang Yang Empat, Dato’ Mat
Ali Hj Hasan, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Mufti Kerajaan Negeri
Sembilan, Sahibus Samahah Dato’ Hj Mohd Yusof Ahmad dan Dato’ Johani Hassan,
Pengarah Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sembilan.
Monday, 15 April 2013
Prestasi Cemerlang SJK(T)
Seremban,
09 Apr – Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan
mengucapkan tahniah kepada guru berbangsa India di Negeri Sembilan kerana
berjaya melonjakkan prestasi cemerlang SJK (T) di seluruh negeri ini sama ada
di bandar dan luar bandar. Beliau hadir dan berucap di Sesi Profesionalisme
Guru-Guru Berbangsa India di Hotel Royale Bintang, Seremban.
Prestasi cemerlang sejak Dasar Pelajaran diperkasakan pada tahun
2005 tersebut, berjaya mengurangkan jurang antara sekolah di bandar dan luar
bandar dalam masa yang sama melonjakkan prestasi UPSR, PMR, SPM dan STPM.
Ujar beliau, “menjadi matlamat kerajaan negeri menjadikan negeri
ini sebagai lembah ilmu. Bukan sahaja menjadi lembah ilmu dari segi pembangunan
fizikal, tetapi keutamaannya ialah terhadap pengisian.”
Beliau turut melafazkan komitmen bersungguh kerajaan negeri
apabila menyatakan bahawa Negeri Sembilan negeri terawal bagi projek Literasi
Bahasa Inggeris.
Beliau mengingatkan bahawa kita tidak boleh menganggap sekolah
tidak penting kerana prestasi sekolah adalah medium terbaik memenuhi hasrat Dasar
Pelajaran negeri ini dalam masa yang sama penambahan penduduk juga.
Beliau yang gusar terhadap pertumbuhan penduduk negeri ini
sekitar 1.7% sahaja mencadangkan ‘jump start growth’ dilaksanakan di negeri ini
dengan membangunkan IPTA dan IPTS di mana kewujudannya meningkatkan jumlah
kependudukan iaitu sekitar 5,000 ke 15,000 orang pelajar dan kakitangan.
Mengambil contoh jumlah pelajar UiTM Kuala Pilah, ujarnya, “dari
segi ‘Economic Theory’ jika seorang pelajar membelanjakan RM100 sebulan,
di kali kan dengan jumlah 6,000 orang pelajar di sana, berapa banyak aktiviti
ekonomi dapat dijanakan?”
Kedua, memperkenalkan konsep ‘bekerja di Kuala Lumpur dan
tinggal di Negeri Sembilan, di mana komitmen penting yang perlu dimajukan ialah
mempertingkatkan insfrastruktur dan pembangunan iaitu menarik ramai yang
tinggal di negeri ini.
Memperkasakan pelajaran negeri inilah dasar penting yang perlu
diutamakan agar mereka yang bekerja di sini membawa keluarga bersama. Jika
sekolah cemerlang, mereka tidak teragak-agak membawa keluarga.
Turut hadir, Tan Sri Abd Ghafar Mahmud, Ketua Pengarah Pelajaran
Malaysia, Dato’ VS Mogan, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Puan Hajah
Kalsom, Pengarah Jabatan PElajaran Negeri Sembilan, Dato’ T. Rajagopalu,
Pengerusi MIC Negeri Sembilan dan Dato’ T. Raju, Pengerusi PPP Negeri Sembilan.
Monday, 8 April 2013
‘Menepati Janji Membawa Harapan’
KUALA LUMPUR, 6 April – Perdana Menteri dan Pengerusi BN Datuk
Seri Najib Tun Razak melancarkan Manifesto bertemakan ‘Menepati Janji Membawa
Harapan’ di Stadium Putra Bukit Jalil.
Di bawah jenama Janji Ditepati yang kini cukup
sinonim dengan BN dan semakin diyakini rakyat, aku janji itu pastinya akan
dibuktikan BN boleh dilaksanakan sekiranya parti itu diberi mandat sebagai
kerajaan dalam pilihan raya umum akan datang.
Dalam pelancaran tersebut beliau menerangkan seluruh elemen yang
diperlukan untuk memacu Malaysia sebagai sebuah negara sejahtera dan
berpendapatan tinggi.Perdana Menteri menyifatkannya sebagai janji
yang mampu ditunaikan dan beliau mahu rakyat menilai prestasi kerajaan BN
kerana berjaya menunaikan janji melalui agenda transformasi yang dibawa oleh beliau
sejak empat tahun lalu.
Malah, tidak mustahil lebih banyak feadah dikongsi dengan rakyat sekiranya kerajaan mendapat kemenangan lebih besar kerana tidak lagi perlu berdepan kerenah pembangkang yang sering kali menyukarkan usaha kerajaan berbakti kepada rakyat seperti dilakukan mereka ketika ini.
Hakikat yang perlu diberi perhatian dan sering diulang-ulang banyak pihak, pilihan raya umum akan datang bukan lagi medan untuk rakyat bereksperimen.
Rakyat sudah melihat natijahnya dalam pilihan raya umum lalu
apabila tampuk pemerintahan negara diserahkan kepada pihak tidak berkemampuan
dan tidak mempunyai pengalaman.Nasib mereka bukan sahaja tidak terbela tetapi dibebankan pula
dengan pelbagai permasalahan lain.
Dengan janji dalam manifesto pembangkang yang dibentangkan
baru-baru ini, tiada jaminan perkara itu tidak akan berulang.Bertitik-tolak daripada kebolehpercayaan itulah, rakyat kini perlu
bijak membuat pilihan.Tinggal lagi
mereka perlu memperhalusi pihak manakah yang boleh diletakkan kepercayaan dan
pihak mana pula yang sepatutnya ditentang.
Jika keamanan dan kemakmuran negara seperti dikecapi ketika ini mahu terus dinikmati, maka BN menerusi aku janji itu merupakan sandaran utama.Tetapi jika mahu berkongsi kepayahan seperti dirasai rakyat di negeri pembangkang ketika ini, BN tidak mempunyai pengalaman membawa rakyat ke arah itu.
Sunday, 7 April 2013
PZNS terus kukuh
Seremban,
01 Apr. – Kadar pertumbuhan ekonomi 5.4% pada tahun 2012 merupakan peningkatan
luar jangka dan memungkinkan kebanyakan agensi dan konglemerat mampu membayar
zakat yang tinggi.
Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, Menteri Besar merangkap
Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan menerima wang zakat perniagaan
dari kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), yang diserahkan sendiri oleh
Tan Sri Dato’ Sri Hamad Kama Piah Che Othman, Presiden juga Ketua Eksekutif
Kumpulan PNB, pagi tadi.
Di sidang media ringkas, “tanpa pengurusan yang bijak dan
teratur ianya bukan mudah untuk menguruskan sebuah konglemerat yang kukuh,
disamping sumber wang yang baik”. Katanya
Sambung beliau, “PZNS, unit yang mengumpulkan dana zakat
manakala Baitulmal pula, badan yang ditugaskan untuk mengagihkan zakat kepada
asnaf yang lapan dan ianya akan di buat setelus yang mungkin sama seperti
sebelum ini.
Beliau turut berdoa agar pengurusan kumpulan PNB akan berusaha
dengan lebih gigih lagi di dalam suasana dan keadaan negara yang aman dan
ekonomi yang kukuh berbanding negara Eropah yang berhadapan dengan krisis
ekonomi yang tidak menentu.
Sejak beliau mengambil alih MAINS sejak 2004, hasil kutipan
zakat meningkat dari tahun ke tahun. Pada 2012, hasil kutipan diperolehi
sebanyak RM66 juta, dan Baitulmal badan yang dipertanggungjawab menguruskannya
juga telah menjalankan pengagihan dengan sebaik mungkin.
Pencapaian lain, 2012, MAINS turut mendapat penarafan empat
bintang dari Ketua Audit Negara dalam bidang Indeks Akauntabiliti, di mana ia
satu-satunya Majlis Agama Islam dalam negara diiktiraf.a
Friday, 5 April 2013
Kerjasama NGO dalam meningkatkan taraf pendidikan
Seremban,
22 Mac - Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Hasan menyarankan supaya Pertubuhan
Bukan Kerajaan (NGO) di negeri ini menekankan aspek kepentingan pendidikan kata
beliau di Majlis Ramah Mesra Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Sembilan
bersama NGO di Hotel Royal Bintang, Seremban.
Ujar beliau, Negeri Sembilan telah mengekalkan kedudukan di
kelompok lima teratas di peringkat kebangsaan iaitu di tangga tiga selepas dua
buah sekolah di Wilayah Persekutuan bedasarkan keputusan peperiksaan Sijil
Pelajaran Malaysia 2012.
“Kerajaan
Negeri Sembilan telah menitik beratkan dasar pelajar dalam salah satu daripada agenda
utama, selain memberi perhatian kepada perkembangan pembangunan.”
“Saya
yakin, melalui dasar ini pasti akan membuahkan hasil yang membuatkan Negeri
Sembilan menjadi sebuah negeri yang berjaya dan dihormati oleh negeri – negeri
lain,” katanya.
“Saya mahu NGO bersama – sama menjayakannya, jika tuan – tuan
melihat atau memperoleh sebarang maklumat mengenai individu yang masih hidup
menderita sila maklumkan kepada jabatan yang bertanggungjawab.
“Kita tidak mahu, terdapat rakyat di negeri ini, hidup terus
menderita tanpa mendapat sebarang bantuan daripada kerajaan. Bantuan itu juga
semakin meningkat berbanding pada awal diperkenalkan pada tahun 2004,” katanya.
MRSM akan dibina di Rantau
Seremban,
21 Mac – Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan
ketika berucap menyempurnakan Majlis Penutupan Program MARA Menjelang 2020 :
Tertunaikah Amanah Rakyat?, di Allson Klana Resort.
MARA
yang dulunya dikenali sebagai RIDA yang diperkenalkan oleh Dato’ Onn Jaafar,
tidak boleh dipandang ringan kerana usaha tersebut menjadikan bangsa Melayu
berada di pelbagai organisasi dan berjaya membangunkan negara.
Kini
MARA telah menyahut cabaran dan mengisi dasar kerajaan dengan pelbagai pelan
pembangunan serta transformasi yang di
bawa Kerajaan umpamanya di bawah falsafah 1 Malaysia : Rakyat Didahulukan,
Pencapaian Diutamakan; Program Transformasi Kerajaan, Program Transformasi
Ekonomi yang meliputi Model Ekonomi Baru dan Rancangan Malaysia ke-10.
Ujar
Menteri Besar lagi, “Sejak merdeka 56 tahun lalu inilah kemajuan yang kita
perolehi, insan yang terkebelakang tetapi sentiasa memikirkan apa yang hendak
dan perlu di lakukan pada masa hadapan.”
Beliau
turut mengucapkan terima kasih dengan cadangan MARA untuk membina sebuah Maktab
Rendah Sains Mara (MRSM) di Rantau.
Turut
hadir, Dato’ Abd Rahim Abd Ghani, Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan) MARA,
Encik Amir, Pengarah MARA Negeri Sembilan dan Dr. Syed Alwi, Pengetua
Kolej MARA Negeri Sembilan.
Thursday, 4 April 2013
‘Iqra’ meningkat kecemerlangan ilmu
Paroi,
15 Mac – Karnival Sains Islam Negeri Sembilan 2013/1434 yang berlangsung di
Kompleks Belia dan Sukan Paroi, disempurnakan oleh Dato’ Seri Utama Hj Mohamad
Hj Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan, sebentar tadi.
Jabatan
Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan dan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan
(MAINS) berlangsung selama tiga hari telah menganjurkan Majlis bertemakan Alam
Semesta Untuk Pendidikan.
Sepanjang
tiga hari pelbagai program dan pameran untuk memberi kesempatan kepada
para pengunjung melihat lebih dekat teknologi dan alatan sains yang dicipta
dulu bagi menerokai alam semesta.
Menteri Besar berkata, “Jika dulu, umat Islam di kota Damsyik
dan Kota Baghdad amat cemerlang. Beberapa ilmuan lahir di zaman tersebut
antaranya Al-Khawarismi, Al-Batutta, Ibnu Sina dan banyak lagi.”
Malah,
bersandarkan kepada sura Iqra, banyak ilmu yang terkandung di dalamnya
merangkumi pelbagai bidang ilmu terutamanya teknologi dan sains dan di dalam
Islam pelbagai ilmu boleh diterokai bukan sekadar fardu yang wajib dilaksanakan
tetapi ianya merangkumi ilmu yang terkandung di dalam al-Quran.
Ilmuan tersebut dijadikan sumber rujukan dan penyelidikan orang
Eropah yang ketika itu melalui zaman gelap akibat masalah pentadbiran di antara
satu sama lain.” katanya.
Mereka kemudiannya mempelajari ilmu trersebut dan di bawa
pulang ke tanahair, lalu mereka tafsirkan kepada bahasa negara mereka.
Harapan Menteri Besar, MAINS memperluaskan aktiviti dan program
seumpama ini bersama agensi lain kerana ilmu yang terkandung di dalam al-Quran
bukan akhirat semata-mata, tetapi merangkumi kecemerlangan ilmu di dunia.
Tambah beliau lagi, “Kita semua merupakan Qhairun Ummah dan ciri
serta asas kebahagian datangnya dari insan berilmu. Kita akan terus
mengfokuskan Negeri Sembilan sebagai lembah ilmu.
Hadir
sama, Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, Sahibus Samahah Dato’ Hj Mohd Yusof
Ahmad, Encik Kamal Amran, Setiausaha MAINS, Dato’ Mat Ali Hj Hasan, Setiausaha
Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan dan Pengarah Jabatan-Jabatan di Negeri
Sembilan.
RISDA Bantu Pekebun Kecil
Siliau,
14 Mac – Pekebun kecil seluruh Negeri Sembilan di bawah penyeliaan RISDA
berkumpul di dalam Majlis Pelancaran Kempen Penggunaan Bahan Rangsangan Lateks
Peringkat Negeri Sembilan 2013 di Kampung Siliau, Rantau pagi tadi dan
disempurnakan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato Seri Utama Hj Mohamad Hj
Hasan.
Program
“Kasihi Pekebun Kecil” yang diperkenalkan oleh RISDA menjurus kepada bantuan
dan pertolongan kepada pekebun kecil yang memiliki keluasan tanah kurang dari
empat ekar.
Seterusnya
dapat mempertingkatkan pendapatan bulanan dari RM2,500 kepada RM4,000 sebulan dan
ini membuktikan dimana kerajaan tidak pernah meminggirkan pekebun kecil di luar
bandar, ujur Menteri Besar.
“Seramai 44,000 orang pekebun kecil terlibat yang
melibatkan keluasan tanah sebanyak 112,000 hektar tanah iaitu kira-kira 17%
keluasan di negeri ini.” tambah beliau.
RISDA
telah menyumbangkan bahan rangsangan Lateks kepada pekebun-pekebun kecil di
negeri ini agar produktiviti dan pengeluaran sumber getah turut meningkat.
Malah dengan menggunakan bahan ini, getah yang ditoreh itu
lambat membeku,disamping itu dapat mengeluarkan hasil lebih banyak dan pokok
tidak akan rosak.
Ujar beliau lagi, “dengan cara mempelbagaikan hasil pengeluaran
dan menggunakan teknologi terkini akan dapat meningkat hasil pendapatan pekebun
kecil luar bandar.
Beliau
menjelaskan RM40 juta telah diperuntukan oleh RISDA untuk Rancangan Pembangunan
Pekebun Kecil di di seluruh negara di dalam mempastikan kerja pertanian di naik
taraf dan pendapatan pekebun kecil dipertingkatkan..
Di dalam hasil kajian yang diberitahu, juga menunjukkan bahawa
bahan rangsangan yang digunakan ini mampu menambahkan hasil pendapatan di
antara 47 – 50%.
Majlis turut dihadiri oleh Encik
Zahari Md Amin, wakil Ketua Pengarah RISDA Makaysia dan Encik Zainun Harun,
Pengarah RISDA Negeri Sembilan.
Wednesday, 3 April 2013
250 Peluang pekerjaan di Sedayan
Seremban,
7 Mac : Sebuah lagi syarikat terkemuka dari Jepun, Kayaku Safety Systems (M)
Sdn Bhd hari ini, menandatangi pelaburan yang lebih 38 ekar tanah
perindustrian di Sendayan Techvalley.
Menteri Besar, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
berkata syarikat itu merupakan sebuah syarikat yang mengeluarkan inflator beg
udara berteknologi tinggi dan akan beroperasi di negeri ini dengan membabitkan
jumlah pelaburan kira – kira RM240 juta.
Menteri Besar berkata, kerajaan negeri telah menetapkan objektif
untuk menyediakan Sendayan Techvalley sebagai hub automotif di Negeri Sembilan.
Tambah
beliau “Kilang tersebut menawarkan sebanyak 250 peluang pekerjaan bertaraf
profesional dan separa profesional unutk diisi kepada penduduk di Negeri
Sembilan.
“Setakat ini, dua automatif syarikat dari Jepun iaitu Akashi
Kikai Industry Sdn Bhd dan Hino Motors Sdn Bhd dan sebuah syarikat dari
Perancis telah melabur di Sendayan Techvalley.
“Saya berharap, lebih banyak lagi syarikat dari Jepun dan
negara luar datang melabur ke negeri ini. Kerajaan Negeri Sembilan juga komited
untuk menyediakan kemudahan terbaik mugkin kepada pelabur.
Turut
hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Dato’ Haji Mat Ali bin Hasan, Ketua
Pegawai Eksekutif, Menteri Besar Negeri Sembilan Incorporation, Dato’ Haslah
Mohamad Amin, Ketua Pegawai Eksekutif, Matrix Concept Holding Berhad, Dato’ Lee
Thian Hock dan Presiden Nippon Kayaku Co Ltd, En.Akira Mandai.
Anak India Malaysia ke IPTA
PORT
DICKSON, 24 Feb : Program Mengubah Destini Anak India Malaysia dilancarkan bagi
membantu anak – anak kaum India yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 dan
tidak mempunyai syarat minimum kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi (IPTA)
diberi peluang kedua mengubah nasib mereka.
“Tawaran ini, khas untuk anak – anak daripada masyarakat India
yang tidak mencapai gred kemasukan biasa dan mereka yang berpendapatan rendah.
Program tersebuat adalah program pra-diploma yang memberi laluan khas kepada
lulusan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) daripada kaum India.
Sementara
itu, Menteri Besar, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan berkata
menerusi usaha kerajaan ini, masyarakat India itu akan mendapat peluang kedua
untuk mengubah nasib pendidikan anak-anak mereka, selaras dengan sistem
pengajian tinggi yang memastikan semua golongan berpeluang melanjutkan
pelajaran ke (IPTA).
“Kita buka kepada semua tanpa kekangan kewangan, status ekonomi,
etnik kaum atau pun persaingan kesaksamaan.
“Melalui program pra-diploma ini, peratusan kemasukan pelajar
berbangsa India di Politeknik dapat ditingkatkan melebihi 10 peratus setiap tahun,”
katanya.Pada tahun 2012, sebanyak 3,910 daripada 110,513 permohonan kemasukan
ke politeknik bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia adalah daripada kaum India.
Langkah pertama ini, membolehkan anak – anak kaum India mendapat
akses kepada lebih 60 program teknik dan vokasional yang ditawarkan di
politeknik dan seterusnya memberi peluang kepada mereka mnerebut peluang
pekerjaan yang diwujudkan untuk meningkatkan taraf ekonomi diri dan keluarga.
Turut hadir, Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, Dato’ Mohamed
Khaled bin Nordin.
Tuesday, 2 April 2013
Bina dewan untuk kemudahan penduduk
SEREMBAN,
22 Feb : “Tujuan membina dewan orang ramai ini untuk kemudahan kepada kawasan
penduduk yang padat bukan untuk cari untung dan dapat memanfaatkan kawasan
perumahan yang berhampiran.” Kata Menteri Besar, Dato Seri’ Utama Haji
Mohammad bin Hasan.
Di
kawasan itu kepadatan penduduk mencecah 10,000 dan kerajaan prihatin terhadap keperluan
rakyat dalam menjalakan aktiviti kemasyarakatan.
“Dewan seperti ini boleh digunakan dengan sebaiknya untuk
mengadakan pelbagai aktiviti sosial
seperti majlis perkahwinan, keramaian dan majlis-majlis ilmu.
Pada masa sama kerajaan
juga membina masjid dan kemudahan asas yang lain bagi memudahkan aktiviti masyarakat,”
katanya pada majlis pecah tanah dewan Seremban Jaya di dewan komuniti Taman
Seremban Jaya.
Tegas beliau, kerajaan akan meneliti segala masalah rakyat dan
memberi keutamaan demi keselesaan rakyat.
Dewan ini kelak akan dikelolakan oleh pihak berkuasa tempatan
(PBT) iaitu Majlis Perbandaran Nilai (MPN) dan bukannya persatuan penduduk bagi
memastikan ia tidak menimbulkan masalah terutama dari segi penyelenggaraan
selain kos penggunaan bil lektrik dan air.
Selain di Seremban Jaya, beberapa kawasan lain yang padat
penduduk seperti di Taman Tasik Jaya pembinaan dewan yang sama sedang dalam
pembinaan.
Saran guru muda dekati masyarakat
SEREMBAN,
19 Feb : “Generasi guru di negeri ini digalakan mendekati masyarakat ia adalah bagi
mengembalikan era kegemilangan profesion perguruan seperti masa dahulu” ujar
Menteri Besar, Dato’ Seri Utama Haji Mohammad bin Hasan.
Ini adalah kerana guru merupakan pendidik, guru juga
dijadikan tempat rujukan dalam masyarakat dan dikalangan guru banyak memegang
jawatan dalam persatuan masyarakat.
Sikap segelintir guru yang mula menjauhkan diri daripada
masyarakat semenjak kebelakangan ini perlu dihindari.
Malangnya, segelintir pihak melemparkan pelbagai tuduhan buruk kepada guru
yang mahu mendekati masyarakat.
“Sepatutnya semua guru mesti menjadi ahli masyarakat kerana guru
dapat melakukan perubahan yang baik terhadap masyarakat dengan mengkaji
kelemahan-kelemahan masyarakat.”
“Justeru
dengan itu guru dapat menyelami isi hati masyarakat dan belajar dari sejarah
agar masalah ini dapat diatasi kerana guru adalah pendidik kepada anak-anak
mereka.”
“Jangan
pula selaku guru, kita jadi individu yang menanam rasa kebencian dalam diri ini
anak murid,” katanya pada program profesionalisme Guru Muda 1 Malaysia
(GM1M) Negeri Sembilan di Auditorium Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad
RTM, Sungai Gadut, di sini.
Pada majlis sama, Menteri Besar turut klik ‘SUKA’ dan memberi
komen pada laman muka buku GM1M dan menyanyikan lagu 1M4U beramai –
ramai.
Terdahulu, turut diadakan taklimat pengurusan perkhidmatan guru
dan semarak minda oleh Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan.
Menteri Besar berharap guru muda mempunyai semngat yang tinggi
untuk mendidik anak bangsa dan menghayati dasar pelajaran kebangsaan dan
negeri.
Hal ini kerana, guru bukan sahaja penentu masa hadapan
pelajarnya malah masa hadapan negara.
Turut
hadir, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelajaran dan Pengajian Tinggi, Dato’
Shamsulkahar bin Mohd Deli dan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan,
Hajah Kalsom binti Khalid.
NS guna kaedah Road Sweeper
RANTAU,
16 Feb : Untuk menjaga persekitaran yang bersih dan menguruskan pembuangan sisa
pepejal di negara ini.Menteri Besar, Dato Seri Utama Haji Mohamad bin Haji
Hasan berkata jika sikap sambil lewa mengurus sisa pepejal masih tidak
diubah, maka menjelang tahun 2020 seluruh negara akan menghadapi masalah sisa
pepejal yang serius.
“Sisa pepejal yang dikeluarkan mencecah sehingga 30 tan sehari
sedangkan kos penyenggaraan dan pelupusan sisa pepejal amat tinggi,”
katanya pada majlis pelancaran “My Beautiful Neighbourhood” dan program
pengedaran tong sampah beroda di dewan orang ramai Rantau.
Tambah Menteri Besar, jika perkara ini masih tiada perubahan ia
akan membebankan kerajaan untuk menanggung bayaran yang tinggi kepada pihak
konsesi dan rakyat terbeban sama untuk menangani masalah ini.
Beliau memberi contoh, di negara maju rakyatnya dikenakan caj
pengurusan sisa pepejal dan bukan percuma seperti di negara kita.
“Sampah – sampah yang lembap seperti sisa makanan perlu
diasingkan, supaya tidak bercampur dengan beg plastik, botol plastik dan
juga yang lain – lain.
“Untuk pengetahuan, sisa pepejal yang berbentuk basah seperti
lebihan makanan hampir mencecah 45 peratus berdasarkan sebuah kajian. Ini
jelas menunjukan pembaziran yang amat banyak. 45 peratus daripada jumlah sisa pepejal adalah
makanan, jelas menunjukan sikap.
“Pembaziran juga bukannya percuma, ia adalah kos, kita beli
makanan seperti nasi, ikan dan sayuran. Pembaziran pada kadar 45 peratus
adalah kos yang tinggi,” katanya.
Oleh
itu, beliau berharap rakyat bersikap proaktif dalam menangani masalah ini
seperti melakukan aktitivi kitar semula.
Pada majlis sama, beliau turut menyempurnakan upacara
menandatangani memorandum kerjasama antara PPSPPA dengan Kawasan Rukun
Tetangga Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau serta penyerahan penggunaan
Road Sweeper kepada Majlis Perbandaran Nilai (MPN).
Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif
Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA), Datuk
Hj. Zaini bin Md Nor serta Dr. Uzir Abdul Malik, Pengarah Eksekutif SWM
Environment Sdn. Bhd
Monday, 1 April 2013
Pelaburan Teknologi Tinggi Asing di NS
SEREMBAN,
14 Feb: Kerajaan Negeri Sembilan memberi tumpuan menarik pelaburan berteknologi
tinggi berbanding pelaburan yang memerlukan ramai tenaga kerja.
Menteri
Besar, Dato Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan menjelaskan keadaan tenaga
kerja dahulu dan sekarang jauh berbeza.“Kini, Malaysia bukanlah sebuah negara
yang membekalkan dan mempunyai tenaga kerja yang murah tambahan pula apabila
kerajaan menetapkan gaji minima adalah RM900.”
Tambah beliau “Justeru, kita memerlukan satu strategi yang baru
dengan menggalakan industri yang berteknologi tinggi seperti industri
bioteknologi di Nilai yang mampu menarik minat lebih ramai pelabur ke Negeri
Sembilan salah satu dari negera Jepun,” katanya pada sidang media bersama duta
Jepun di Malaysia, di Chinese Restoran, Royal Bintang.
Sementara itu, Duta Jepun di Malaysia, Nukamuara berkata
hubungan antara pelaburan antara Jepun dan Negeri Sembilan amat baik dan
setakat ini lebih 50 buah syarikat daripada Jepun beroperasi di negeri ini.
“Diharap jumlah tersebut akan meningkat memandangkan kemudahan
seperti lapangan terbang antarabangsa dan sistem pengangkutan yang baik
tersedia di Negeri Sembilan,” katanya.
Menteri Besar berharap menerusi perbincangan dua hala ini
memudahkan pelabur dari negara matahari terbit itu memperoleh maklumat secara
langsung daripada wakil negara mereka di Malaysia.
Katanya, Nilai, Bandar Enstek dan Sendayan merupakan tiga
kawasan utama tumpuan pelabur
memandangkan lokasi kawasan berkenaan berhampiran lapangan
terbang antarabangsa (KLIA), pelabuhan dan ibu negara sekaligus memudahkan
urusan pelaburan dari pelbagai aspek.
Pendidikan untuk golongan dewasa
Paroi,
29 Jan – Pangsapuri Sri Perdana Paroi diumumkan menjadi anak angkat kepada
Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) di dalam rangka Kerajaan Negeri mahu
memperkasakan ilmuan Islam di negeri ini.
Dato’Seri
Utama Hj Mohammad Hj Hassan, Menteri Besar selaku Pengerusi MAINS telah menjadikan Pangsapuri Sri Perdana
sebagai lokasi program pendidikan bagi golongan dewasa termasuk kelas mendalami
ilmu-ilmu agama dan mempelajari kitab-kitab sahih kepada anak-anak yang
menghuni dikawasan tersebut.
Beliau turut hadir menyempurnakan Majlis Program Insan Rabbani
dan Karnival Sambutan Maulidur Rasul di perkarangan Pangsapuri Sri Perdana
Paroi, malam tadi.
Ujarnya, “MAINS akan menyediakan tenaga pengajar dari lepasan
Universiti Al-Azhar dan Timur Tengah yang tamat pengajian mereka. Mereka ini
bakal diserap dan ditugaskan untuk memberi khidmat bakti kepada masyarakat di
negeri ini.
Menteri Besar menyatakan perancangan, kelas akan dibuat dua atau
tiga kali seminggu, malah akan diadakan kelas bulanan dan penganjuran program
tahunan seperti program Sambutan Maulidur Rasul.
Tambah beliau lagi, “penekanan dan hasrat kerajaan ini, tidak
lain dan tidak bukan mahu meningkatkan syiar Islam di negeri ini yang sedang
menyinar. Program seumpama ini akan mempertingkatkan akidah dan membina
akhlak generasi baru.
Dengan kewujudan kelas seumpama ini, ibu bapa yang masih muda
dan generasi anak-anak yang sedang membesar dapat dibentuk dengan sempurna,
tambahan pula ia akan memantapkan jati diri tak kala dunia sedang berdepan
dengan pelbagai cabaran dan dugaan.
Beliau menegur, “daripada kita duduk saja, menunggu orang datang
kepada kita dan memberi perkhidmatan apabila dikehendaki, adalah lebih baik
perkhidmatan ini diubah. Kita perlu memberi perkhidmatan tanpa orang menagih
perkhidmatan kita seperti selalu.”
Cara baru ini bukan sahaja kepada MAINS, tetapi akan
dipanjangkan kepada agensi dan jabatan-jabatan kerajaan agar keberkesanannya
dirasai oleh masyarakat.
Menteri Besar turut meluangkan masa menyerahkan sendiri bantuan
MAINS kepada asnaf di pangsapuri Sri Perdana Paroi.
Beliau turut melapangkan masa melawat dewan serbaguna yang bakal
digunakan sebagai kelas pendidikan agama Islam ini kelak.
Turut hadir, Ustaz Kamal Amran Kamarudin, Setiausaha MAINS,
Dato’ Hj Firdaus Harun, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau, Tn Hj Luqman,
Wakil Yang di-Pertua MPS, Tn Hj Shamsudin Awaludin, Imam Masjid At-Taqwa, Paroi
dan Puan Hajah Arpah Mat Dom, Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian
Rembau.
RM19.7 juta Bantuan Awal Pendidikan NS
Mambau,
23 Jan – Dalam belanjawan 2013 lalu, Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun
Abdul Razak meluluskan peruntukan RM540 juta pemberian Bantuan Khas Awal
Persekolahan RM100 kepada murid tahun 1 sehingga ke tingkatan 5 tanpa mengira
status pendapatan keluarga pelajar.
Hari ini bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Mambau, Dato’
Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan menyampaikan kepada 1292 orang pelajar SMK
Mambau daripada 831 keluarga. Manakala seramai 560 orang pelajar daripada 350
keluarga dari SRK Mambau.
Menurut Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan, Puan Hjh
Kalsom bin Khalid, “di Negeri Sembilan, bantuan yang diterima hampir RM19.7
juta.”
Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, Menteri Besar di dalam
ucapannya pula berkata, bantuan dari belanjawan 2013 untuk rakyat ini sahaja
menelan perbelanjaan hampir RM8 bilion banyaknya.
Apabila Perdana Menteri mendapati, kerajaan mampu menghulurkan
bantuan ini sekali lagi, maka pada tahun ini ianya diteruskan.
“Inilah keprihatinan pemimpin utama yang memikirkan
kesejahteraan rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit. Oleh itu
marilah kita sama-sama bersyukur..” ujar beliau.
Ibu bapa dinasihatkan agar ambil tahu pendidikan anak-anak di
sekolah kerana hanya dengan pendidikan sahaja menjamin masa depan generasi ini.
Beliau turut menafikan pihak yang menyatakan bantuan khas dari
kerajaan ini berbentuk rasuah. Bantuan seumpama ini jarang ada di negara luar
dan mungkin tidak ada.
“Kita
perlu bersyukur, sebelum ini kerajaan membantu dari segi bantuan kepada
barangan keperluan, seperti petrol, gula, minyak, gas dan sebagainya. Tetapi
kebanyakan daripada kita, tidak merasainya.”
“Apabila di beri bantuan khas seumpama ini, kita dapat melihat
rakyat sedar bahawa kerajaan prihatin ke atas rakyat. ” tambah beliau lagi.
Menteri Besar turut menyampaikan sijil penghargaan kepada
pelajar PMR 2012 yang mendapat keputusan cemerlang.
Turut hadir, Puan Hajah Kalsom Mohd Khalid, Pengarah Jabatan
Pelajaran Negeri Sembilan.
Subscribe to:
Posts (Atom)